f Secubit Garam: Cucur Jagung

Thursday, April 16, 2009

Cucur Jagung


Ni bukan kemaruk or meroyan nak masukkan n3 baru ya.. saja jer mood rajin menyerang. Kesian kan cik abg pulang dari hospital lewat petang td, tu yg masuk dapur. Kalau ikutkan letih sungguh hari ni, pegang jawatan tambahan sbg menteri pengangkutan... tak per la kan, sekali sekala.. Intai2 dlm peti ais, ada la 3 bj jagung lebihan buat bubur jagung hari tu. Plan hari tu nak bakar, tp tak jalan gak projek tu.. Nasib baik tak menopos lg jagung tu.

Teringat smlm duk sembang dgn Mimi, tanya dia camna buat cucur jagung.. Lepas tu jenguk2 resipi kat Myr, combine kan dgn apa yg Mimi beritau (thanks Mimi).. maka terhasil laaa resipi Cucur Jagung versi K.Nor.. 1st time buat dan makan cucur jagung.. Sedap gak, sekali hadap jer 4 beranak, licin! Alhamdulillah.. tak sia2 ke dapur td. Jika sesiapa nak mencuba, sila la ya.. Nak ejjas apa2 tu terpulang la pd citarasa masing2..

CUCUR JAGUNG

1 cawan isi jagung (lebih kurang satu biji jagung fresh)
1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
2 cawan tepung gandum
1bj telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak utk menggoreng

1. Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak kedalam sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..
6. Selamat mencuba...