f Secubit Garam: Ayam Goreng Berempah Lagi

Thursday, July 23, 2009

Ayam Goreng Berempah Lagi

Kali ni mencuba resipi Ayam Goreng Berempah Serai by Love pulak. Sedap, krup krap jer. Luqman mmg ler hantu ayam goreng berempah ni. Gerenti laju jer dia makan nasi, siap ratah2 ayam tu. ermm Love, maaf ya, K.Nor ada letak tambahan sket dlm bahan2 tu. K.Nor masukkan perahan limau nipis sket sbb biasanya kalau goreng ayam berempah ni kalau letak jus limau/lemon akan membangkitkan lagi keenakkan ayam tu..

Love, izinkan K.Nor C&P resipi tu kat sini ya..

Ayam Goreng Berempah Serai ~ Love
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 7 ulas bawang merah~ ditumbuk
  • 2 inci halia~ ditumbuk
  • 2 batang serai~ ditumbuk
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1 bj limau nipis ~ perah amik air dia (nak letak lemon pun tak per)
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)~ k.nor tak letak
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak utk menggoreng
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!