f Secubit Garam: Cendawan Goreng Hot & Crunchy

Monday, October 11, 2010

Cendawan Goreng Hot & Crunchy


Nampak best tak? Haaa.... ni bukan aje nampak best tp sememangnya best! Pedas! Rangup! Dan sedap! Resipi batter utk cendawan goreng ni K.Nor olah dr resipi Yogurt Fried Chicken Love2cook. Disebabkan tak ada tepung segera utk menggoreng cendawan kat dapur, K.Nor pun cuba la dgn resipi ayam Love tu, sbb anak2 K.Nor mmg suka rasa rempah kat ayam yg sedap tu.

Hasilnya dr olah situ sini, ternyata mmg sedap rasa cendawan goreng kali ni. Sekali goreng 400gm cendawan ni.. semua licin! Tak ada belen langsung.. hehehe.. To Love, tq so much sbb share resipi YFC tu yg dr situ K.Nor boleh create satu batter utk menggoreng cendawan. Sorry jugak kalau K.Nor dah memandai2 olah/otter resipi YFC Love tu.. Insyaallah lepas ni mmg stick guna resipi kalau nak buat cendawan goreng lagi..


CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
400 gm cendawan tiram
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain
1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 1/3 cawan air
1 sudu kecil garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dgn api yg kuat.
Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
Angkat dan toskan.
Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Selamat mencuba :)

* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)