f Secubit Garam: Baked Sandwich

Thursday, July 14, 2011

Baked Sandwich

ASSALAMUALAIKUM...


Ada lebihan roti tak? Meh buat Baked Sandwich ni. Dah lama peram resipi yg K.Nor ambil dr rumah Madiha. K.Nor cuma ambil idea jer dari resipi ni, tak ikut bulat2 tang intinya tu. K.Nor gunakan inti daging yg K.Nor buat sebelum ni. Terpulanglah pada masing2 nak letak inti apa, samada inti yg dibuat mengikut resipi ni atau resipi sendiri atau nak letak tuna/sardin yg readymade dlm tin pun boleh.


Sedap dimakan panas2, roti tu rangup jer. Tak caya? Tanya Ratna atau buat sendiri hehe..

BAKED SANDWICH
sumber: Madiha & K.Nor

Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya

Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) ~ k.nor guna slice cheese

Kaedah penyediaan
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit.
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan